Zaman moden Hanbok

Walaupun hanbok adalah pakaian tradisional, ia telah dipopularkan dengan cara moden.[66] Jenama kontemporari, seperti Hwang Yi-seul dari Leesle (리슬) dan Kim MeHee, telah memasukkan reka bentuk tradisional dalam pakaian moden mereka yang mewah. Hanbok moden telah diketengahkan dalam haute couture antarabangsa; di pentas peragaan, pada tahun 2015 ketika Karl Lagerfield menggayakan model Korea untuk Chanel, dan semasa Minggu Fesyen Paris dalam fotografi oleh Phil Oh.[67] Ia juga dipakai oleh selebriti internasional, seperti Britney Spears dan Jessica Alba, dan atlet, seperti pemain tenis Venus Williams dan pemain bola sepak Hines Ward.[68]

Hanbok juga terkenal di kalangan selebriti Asia-Amerika, seperti Lisa Ling dan Miss Asia 2014, Eriko Lee Katayama.[69] Ia juga tampil di permaidani merah, dan dipakai oleh Sandra Oh di Anugerah SAG, dan oleh ibu Sandra Oh yang membuat sejarah fesyen pada tahun 2018 kerana memakai hanbok ke Anugerah Emmy.[70]

Pemerintah Korea Selatan telah mendukung kebangkitan minat dalam hanbok dengan menaja pereka fesyen.[71] Di dalam negara, hanbok telah menjadi trend dalam fesyen jalanan dan video muzik. Ia dipakai oleh artis K-pop terkenal, BTS, terutama dalam video muzik mereka untuk "Idol".[72] Ketika hanbok terus dimodenkan, pendapat mengenai reka bentuk baharu masih diperdebatkan.[73]

Di Seoul, pelancong yang memakai hanbok boleh membuat lawatan mereka ke Lima Istana Besar (Changdeokgung, Changgyeonggung, Deoksugung, Gyeongbokgung dan Gyeonghuigung) secara percuma.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Hanbok http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/purple-ko... http://recyclelacma.blogspot.com/2009/06/red-korea... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2006/... http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2011/06/... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=29559&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=36151&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=46289&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=47529&sectio... http://cnews041.com/sub_read.html?uid=48695&sectio... http://www.dprk-tour.com/sub03/04.php